Oleh kerana, saya mendaftar agak lewat maka, maka saya diberi peluang untuk membentangkan tugasan 1 sedikit lewat iaitu pada minggu seterusnya. Alhamdulillah, sesi pembentangan agak menarik dengan pelbagai perkongisan dan masalah dari pusat sumber ( resource centre) dari rakan-rakan sekelas. Antaranya adalah masalah elektrik di mana, pusat sumber sekolah tersebut tidak dapat beroperasi dengan biasa kerana masalah itu. Selain itu, ada juga masalah seperti kelawar yang duduk hinggap di ruang-ruang tetingkap atasa dan menganggu bau serta kebersihan di kawasan perpustakaan. Dan yang hampir semua sekolah hadapi adalah masalah kekurangan buku. Sebagaimana yang ditetapkan oleh kementerian nisbah bilangan buku kepada pelajar untuk sekolah rendah adalah 1 : 15 manakala bagi pelajar sekolah menegah pula adalah 1:20. Dari segi jumlah buku ini, sebenarnya ia banyak bergantung kepada bajet yang telah diberikan untuk kemeterian.
Untuk memperbanyakkan lagi, jumlah dana, mungkin guru pusat sumber sendiri perlu mengambil inisiatif untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiiviti yang boleh menjana wang tambahan. Bagi masalah kelawar yang dinyatakan tadi, adalah digalakkan pihak sekolah menghubungi bomba bagi memastikan tidak wujud lagi gangguan seperti itu. Ada satu lagi pusat sumber yang diterangkan oleh rakan kelas yang pusat sumber nya memang cantik dari sudut keceriaan dan kemas. Tetapi sayangnya tidak wujud sirkulasi (proses peminjaman dan pemulangan buku) di situ. Jadi teramatlah rugi kerana apabila dilihat kepada perkhidmatan yang perlu ada di pusat sumber tentunya sirkulasi adalah salah satu yang wajib ada. Oleh kerana itu, pusat sumber tersebut tidak dapat berperanan sepenuhnya sebagai pusat ilmu. Selain itu, dengan adanya PAR (pembantu am rendah ) di pusat sumber, ia banyak membantu tugasan guru pusat sumber dan menjadikan pusat sumber lebih teratur dari segi kemasan buku dan sistem nya. Untuk sistem pula, masih lagi terdapat sekolah yang tidak menggunakan automasi ( seperti e-source). Puncanya adalah kerana bayarannya yang mahal. Tetapi tidak rugi rasanya melabur untuk sesuatu mahal jika ia nya membantu kerja menjadi lebih mudah( membantu proses sirkulasi), cuma sekolah perlu pandai dalam membuat perancangan. Secara kesimpulannya, dr Hasnah menekankan bahawa apa-apa pun masalah yang berlaku , ia nya sebenarnya banyak bergantung pada pengurusannya. Jika pengurusannya dapat mengatasi masalah-masalah ini, maka 5 bintang lah saya berikan;)
***tambahan : dalam buku untuk isi nombor perolehan dr pesan tidak boleh tulis "" sebab buku perolehan itu rasmi( official).
***tambahan:perbezaan boss (aka.manager) dan ketua(leader)
dan lagi satu yang paling saya ingat :):
RULES
Manager: Make it
Leader Break it
sekian.
No comments:
Post a Comment