Pages

Thursday, March 6, 2014

kelas 2 : sambungan pembentangan dan......pembentangan saya

#Assalamualaikum

alhamdulillah..lega rasa dah habis bentang.

Untuk kelas kali ini, ada  3 orang sahaja yang tinggal untuk pembentangan. Masalah yang diutarakan lebih kurang sama seperti jumlah buku yang tidak mencukupi.Yang ini sudah diceritakan dalam entri hari tu. Masalah pusat sumber sekolah yang saya pergi hari itu adalah kehilangan buku. Kebanyakan buku-buku yang hilang adalah buku rujukan dan ia nya dicuri oleh budak kelas pandai.wallahualam.Yang ni guru perpustakaan yang bagitahu. Nak atasi masalah ini sebenarnya agak susah sebab guru bukan setiap masa da di perpustakaan. Pengawas pusat sumber pula mereka kurang tegas. Salah satu cara atasi, pengawas perpustakaan akan scan pelajar tiap kali pelajar keluar dari perpustakaan. Scan pakai mata saja lah sebab nak beli alat bajet tinggi kan. Tapi itu lah,mungkin kadang-kadang pelajar ramai, lepas tu tidak bagi bagi kerjasama kat pengawas pusat sumber sebab itu lah tak dapat nak kesan pelajar yang curi buku tu. Untuk sistem automasi pula, sememangnya banyak membantu pengurusan di pusat sumber menjadi lebih berkesan dan teratur.

Usai pembentangan, kami dikehendaki membentuk kumpulan kecil dan membincangkan mengenai 'type of leadership',  seterusnya membuat pembentangan.

saya dan k.sarah: human relation leader

low emphasizes on perfomances and high emphasize on people
maksud kat sini, leader tu akan sentiasa pandang positive pada pekerja-pekerjanya. Dia percaya yang pekerja-pekerja nya jujur, bertangungjawab dan segala perkara yang positif lah. Apabila ada perbincangan, leader akan elakkan ketidaksefahaman dan membantu . Selain itu, dalam situasi ini pekerja nya sentiasa menjaga hubungan baik sesama mereka dan leader akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mnegeratkan hubungan sesama pekerja. Leader percaya yang suasana positif dapat menghasilakn hasil kerja yang positif juga.

leissure fair

untuk kepimpinan yang ini pula leader dia wujud tetapi macam tak wujud.faham?maksudnya leader dia ada tetapi kewujudan leader tu macam tak memberi kesan.Dan kadang-kadang leader hanya biarkan je,atau tak ambil tahu kerja yang dibuat oleh orang bawahnya. Boleh dikatakan kebebasan diberikan lah kepada pekerja bawahnya. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pekerjanya, dia akan setuju.

Authocratic

Autokratik ini pemertintahan ikut pucuk pimpinan . Kalau ketua kata A, A lah jawab nya. Maka nya apa-apa sahaja yang dibuat oleh pekerja bawah nya adalah atas arahan ketua tersebut.

Demokratik.

Kepimpinan sebegini adalah lebih seimbang iaitu dari aspek performance dan pekerja.


No comments:

Post a Comment