Pages

Showing posts with label leadership style. Show all posts
Showing posts with label leadership style. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

kelas 2 : sambungan pembentangan dan......pembentangan saya

#Assalamualaikum

alhamdulillah..lega rasa dah habis bentang.

Untuk kelas kali ini, ada  3 orang sahaja yang tinggal untuk pembentangan. Masalah yang diutarakan lebih kurang sama seperti jumlah buku yang tidak mencukupi.Yang ini sudah diceritakan dalam entri hari tu. Masalah pusat sumber sekolah yang saya pergi hari itu adalah kehilangan buku. Kebanyakan buku-buku yang hilang adalah buku rujukan dan ia nya dicuri oleh budak kelas pandai.wallahualam.Yang ni guru perpustakaan yang bagitahu. Nak atasi masalah ini sebenarnya agak susah sebab guru bukan setiap masa da di perpustakaan. Pengawas pusat sumber pula mereka kurang tegas. Salah satu cara atasi, pengawas perpustakaan akan scan pelajar tiap kali pelajar keluar dari perpustakaan. Scan pakai mata saja lah sebab nak beli alat bajet tinggi kan. Tapi itu lah,mungkin kadang-kadang pelajar ramai, lepas tu tidak bagi bagi kerjasama kat pengawas pusat sumber sebab itu lah tak dapat nak kesan pelajar yang curi buku tu. Untuk sistem automasi pula, sememangnya banyak membantu pengurusan di pusat sumber menjadi lebih berkesan dan teratur.

Usai pembentangan, kami dikehendaki membentuk kumpulan kecil dan membincangkan mengenai 'type of leadership',  seterusnya membuat pembentangan.

saya dan k.sarah: human relation leader

low emphasizes on perfomances and high emphasize on people
maksud kat sini, leader tu akan sentiasa pandang positive pada pekerja-pekerjanya. Dia percaya yang pekerja-pekerja nya jujur, bertangungjawab dan segala perkara yang positif lah. Apabila ada perbincangan, leader akan elakkan ketidaksefahaman dan membantu . Selain itu, dalam situasi ini pekerja nya sentiasa menjaga hubungan baik sesama mereka dan leader akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mnegeratkan hubungan sesama pekerja. Leader percaya yang suasana positif dapat menghasilakn hasil kerja yang positif juga.

leissure fair

untuk kepimpinan yang ini pula leader dia wujud tetapi macam tak wujud.faham?maksudnya leader dia ada tetapi kewujudan leader tu macam tak memberi kesan.Dan kadang-kadang leader hanya biarkan je,atau tak ambil tahu kerja yang dibuat oleh orang bawahnya. Boleh dikatakan kebebasan diberikan lah kepada pekerja bawahnya. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pekerjanya, dia akan setuju.

Authocratic

Autokratik ini pemertintahan ikut pucuk pimpinan . Kalau ketua kata A, A lah jawab nya. Maka nya apa-apa sahaja yang dibuat oleh pekerja bawah nya adalah atas arahan ketua tersebut.

Demokratik.

Kepimpinan sebegini adalah lebih seimbang iaitu dari aspek performance dan pekerja.


Tuesday, March 4, 2014

Kelas 1 : Slot pembentangan tugasan 1

#assalamualaikum

Oleh kerana, saya mendaftar agak lewat maka, maka saya diberi peluang untuk membentangkan tugasan 1 sedikit lewat iaitu pada minggu seterusnya. Alhamdulillah, sesi pembentangan agak menarik dengan pelbagai perkongisan dan masalah dari pusat sumber ( resource centre) dari rakan-rakan sekelas. Antaranya adalah masalah elektrik di mana, pusat sumber sekolah tersebut tidak dapat beroperasi dengan biasa kerana masalah itu. Selain itu, ada juga masalah seperti kelawar yang duduk hinggap di ruang-ruang tetingkap atasa dan menganggu bau serta kebersihan di kawasan perpustakaan. Dan yang hampir semua sekolah hadapi adalah masalah kekurangan buku. Sebagaimana yang ditetapkan oleh kementerian nisbah bilangan buku kepada pelajar untuk sekolah rendah adalah 1 : 15 manakala bagi pelajar sekolah menegah pula adalah 1:20. Dari segi jumlah buku ini, sebenarnya ia banyak bergantung kepada bajet yang telah diberikan untuk kemeterian.  

Untuk memperbanyakkan lagi, jumlah dana, mungkin guru pusat sumber sendiri perlu mengambil inisiatif untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiiviti yang boleh menjana wang tambahan. Bagi masalah kelawar yang dinyatakan tadi, adalah digalakkan pihak sekolah menghubungi bomba bagi memastikan tidak wujud lagi gangguan seperti itu. Ada satu lagi pusat sumber yang diterangkan oleh rakan kelas yang pusat sumber nya memang cantik dari sudut keceriaan dan kemas. Tetapi sayangnya tidak wujud sirkulasi (proses peminjaman dan pemulangan buku) di situ. Jadi teramatlah rugi kerana apabila dilihat kepada perkhidmatan yang perlu ada di pusat sumber  tentunya sirkulasi adalah salah satu yang wajib ada. Oleh kerana itu, pusat sumber tersebut tidak dapat berperanan sepenuhnya sebagai pusat ilmu. Selain itu, dengan adanya PAR (pembantu am rendah ) di pusat sumber, ia banyak membantu tugasan guru pusat sumber dan menjadikan pusat sumber lebih teratur dari segi kemasan buku dan sistem nya. Untuk sistem pula, masih lagi terdapat sekolah yang tidak menggunakan automasi ( seperti e-source). Puncanya adalah kerana bayarannya yang mahal.  Tetapi tidak rugi rasanya melabur untuk sesuatu mahal jika ia nya membantu kerja menjadi lebih mudah( membantu proses sirkulasi), cuma sekolah perlu pandai dalam membuat perancangan. Secara kesimpulannya, dr Hasnah menekankan bahawa apa-apa pun masalah yang berlaku , ia nya sebenarnya banyak bergantung pada pengurusannya. Jika pengurusannya dapat mengatasi masalah-masalah ini, maka 5 bintang lah saya berikan;)

***tambahan : dalam buku untuk isi nombor perolehan dr pesan tidak boleh tulis "" sebab buku perolehan itu rasmi( official).

***tambahan:perbezaan boss (aka.manager) dan ketua(leader)


dan lagi satu yang paling saya ingat :):

RULES
Manager: Make it
Leader  Break it


sekian.