Pages

Monday, May 12, 2014

6 MAY : Pengurusan kewangan dalam konteks pusat sumber

Pengurusan kewangan dan bajet dalam konteks pusat sumber.

maksud pengurusan kewangan:

Rouse (2012) mendefinasikan pengurusan kewangan sebagai satu metodologi yang digunakan oleh organisasi untuk menyelia dan mentadbir pendapatan, perbelanjaan, dan aset dengan berpandukan objektif bagi memaksimumkan keuntungan dan memastikan kemampanan. Mampan dari sudut kewangan adalah merujuk kepada kemampuan sesebuah organisasi dalam mengekalkan dan mengembangkan ekonomi serta kewangan (Rohami, 2012)

maksud bajet:



Belanjawan didefinasikan sebagai suatu rancangan kuantitatif yang menerangkan bagaimana sesuatu sumber itu diperoleh dan digunakan sepanjang tempoh belanjawan tertentu (Knezevich,1975). Ianya mempunyai kaitan dengan perancangan dan pengawalan. Perancangan dalam belanjawan adalah mengenai penyediaan belanjawan, anggaran perbelanjaan yanag disediakan mengikut keperluan sesebuah organisasi tersebut. Manakala, pengawalan adalah perbandingan yang dibuat antara belanjawan dan keputusan sebenar.

Teori pengurusan kewangan(hasil pembacaan dari jurnal).


Belanjawan modal
- 'duit buat duit'
- contoh dalam tempoh setahun, kita nak gandakan rm10 ribu dari rm5 ribu
-IRR -berapa banyak staf yang boleh buat untung
-NPV-berpa banyak untung bersih

Kos kewangan berasaskan aktiviti standard
-R & D
-Contoh: UTM research university,kene ada R & D, peruntukan diberikan mengikut tempoh jadi R&D perlu diselesaikan dalam temoh tersebut

Berasaskan pengetahuan
-kemahiran dan ciri-ciri seperti pemasaran komunikasi
-berkongsi ilmu yang ada

Kos berasaskan aktiviti
-tumpu kepada aktiviti yang menyebabkan kos meningkat

Kos pengambilalihan pelanggan
-kekalkan pelanggan(perpustakaan awam)
-tetapkan bayaran yuran tahunan, jadi ahli tetap kena bayar
-bagi latihan /kurus kepada pelanggan

Belanjawan berasaskan sifar
-membina perbelanjaan tanpa ambil kira perbelanjaan sebelumnya.

Perbincangan.
Pelaksanaan Teori pengurusan kewangan dari aspek perpustakaan awam;

Pelanggan 
-borang keahlian ,kad keahlian, perlu bagi training
-memberi perkhidmatan yang baik bagi mengekalkan pelanggan

Pemasaran
-mengadakan aktivit-aktiviti seperti hari terbuka
-pekerja berkongsi maklumat dengan pelanggan
-pekerja bina hubungan yang baik dengan pelanggan

Kurangkan kos sesuatu aktiviti
cara-cara:
adakan mesyuarat>edar borang ABC (activity-based costing) kepada semua pekerja>perbincangan ketua-ketua mengenai tindakan yang aktiviti setelah dapat tahu aktivit yang menyebabkan kos meningkat

Pelaksanaan teori pengurusan kewangan dari aspek pusat sumber sekolah.

-kos untuk beli buku,beberapa perkara perlu diteliti
---jika buku rosak , buku hilang
---kandungan bahan bacaan perlu sesuai dengan peringkat umur pelajar
---pastikan buku-buku penting terdapat di pusat sumber
---pada awal ttahun, setiap guru panitia akan diberi peluag untuk mencadangkan jenis buku untuk dibeli oleh
     guru Pusat Sumber
- bahan-bahan pemprosesan buku
---selotep, pembalut buku
-aspek fasiliti
---penyelenggaraan bagi meja,kerusi, bilik-bilik khas
---guru PS perlu tahu kekerapan berlaku kerosakan dan cuba selesaikan
-aktiviti-aktiviti
---NILAM, jom baca sekejap 10 minit
---kursus-kursus dan latihan untuk guru dan pelajar

KESIMPULAN
-guru PS ikut prosedur dalam merancang bajet dan membeli bahan bacaan . Belanja adalah mengikut kepada peruntukan yang telah diberi dan membeli barang yang penting sahaja tanpa membelanja lebih dari bajet yang diberikan.

No comments:

Post a Comment