Pages

Monday, April 14, 2014

Perpustakaan digital abad ke 21

Apa itu perpustakaan digital?

Perpustakaan digital merupakan perpustakaan di mana sebahagian besar sumber terdapat dalam format yang boleh dicapai mesin (berbanding cetakan atau filem mikro), dicapai melalui komputer. Kandungan digital boleh disimpan di situ atau dicapai melalui jaringan komputer. Dalam perpustakaan, proses pendigitalan bermula dengan katalog, kepada index berkala (periodical indexes) dan khidmat abstrak, dan kemudiannya kepada (periodicals) dan buku rujukan besar, dan akhirnya pada penerbitan buku (sumber : wikipedia )

Selain itu, konsep yang mudah untuk menggambarkan perpustakaan digital adalah kurang kertas ( baca :paperless ). Ini kerana, semua jurnal, bahan bacaan telah dimuatnaik ke internet dan pengguna boleh membaca secara terus pada alat ( baca : device) mereka. 

Selain digital library dan local library terdapat juga commercial library. Contoh bagi commercial library adalah google book.




- Buku-buku diganti dengan komputer.Menjadikan suasana pembelajaran di perpustakaan lebih canggih dan 
   berteknologi.
- Berkongsi kandungan elektronik antara sekolah (perkongsian ilmu)
- Merapatkan jurang digital antara sekolah-sekolah
- Pustakawan mendapatkan lebih banyak akses percuma kepada e-book
- Pembeliaan bahan perpustakaan mengikut pemintaan pengguna
- Memenuhi keperluan dalam menghasilkan pelajar yang berkemahiran abad ke 21 iaitu kemahiran ICT.




Sunday, April 6, 2014

Pengurusan Kualiti Menyeluruh dan formulating budget

Pada minggu lepas, ada dua topik utama yang dibincangkan. Iaitu pengurusan kualiti menyuruh dan kewangan dan peruntukan perbelanjaan.Untuk pengurusan kualiti menyeluruh(PKM) ia merupakan pembentangan dari rakan sekelas manakala kewangan pula dari Dr.Hasnah. Jadi , kita bincangkan dulu mengenai PKM.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh(PKM)


  • prestasi adalah secara menyeluruh dan berperingkat
  • fokus kepada kepuasan pelanggan
  • tanpa sokongan pekerja, PKM tak dapat dilaksanakan
  • jika buat sesuatu perubahan, perlu lakukan yang bersesuaian.Sebagai contoh, jika perpustakaan sekolah hendak dibuka kepada orang awam, maka perlu ada juga buku yang sesuai untuk orang awam.
  • mementingkan ouput:zerodefect
  • menghargai prestasi pekerja 

Tujuan PKM : membawa perubahan menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang

Untuk meghasilkan pengurusan yang mantap, 3 perkara utama perlu difokuskan :

  • sistem
  • alat
  • pasukan
Di dalam sesuatu organisasi, adanya satu pasukan yang bekerja di bawah satu organisasi. Pasukan tersebut  memberi komitmen dalam menjalankan tugas, berkomunikasi antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas dan seterusnya penyumbang kepada organisasi yang cemerlang.


sumber

formulating budget
Di sekolah peruntukan kewangan datang dari 3 sumber ini:
  • PCG
  • yuran khas ( ikut pentadbir sekolah)
  • PIBG (Persatuan ibu bapa dan guru)
PCG yang diberi oleh kementerian adalah berdasarkan kepada jumlah pelajar.Perkiraannya adalah seperti berikut :

Mari kita cuba buat perkiraan :

SMK Taman Desa Skudai : 1625 orang pelajar

*pilih jenis bantuan 1001 dan ke atas
*1625-1001 = 624 orang pelajar
*624 x RM12.00 = RM7488
*Total = RM13600 + RM7488 = RM21 088.00
Peruntukan yang diberi kepada pihak sekolah- RM20000
*Kurang RM1088 dari hasil perkiraan.

Yuran khas pula pelaksanaannya bergantung kepada pihak sekolah.

Seterusnya, pensyarah memberi kami situasi barang apa dan berapa perbelanjaan yang akan digunakan jika kita sebagai seorang guru hendak menguruskan pusat sumber yang baru. Setiap seorang hendaklah senaraikan barang beserta budget  dan kemudian membuat pembentangan ringkas(contoh seperti di bawah)



Hasil dari pembentangan dan perbincangan , saya ringkaskan senarai barang yang boleh dibeli menggunkan duit PCG: 

  • bahan bacaan : buku dan majalah (70%)
  • alat tulis, pembalut buku
  • frame gambar menteri, frame kata-kata motivasi
Untuk peralatan seperti komputer dan keceriaan duit yang digunakan adalah dari yuran PIBG. Kewangan boleh ditambah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti jualan hari kantin, jualan majalah,surat khabar, jualan kad ucapan dan kuiz.